KALTENGLIMA.COM - Selain menjadi tempat peresmian Sukan Olimpik 2024, Sungai Seine yang terletak di Kota Paris itu juga menjadi lokasi untuk atlet triatlon bertanding.
Kejadian tak terduga, Atlet Oimpik dari Kanada dilihat mengalami muntah teruk ketika siaran langsung TV.
Beberapa saat selepas melepasi garisan penamat dalam acara triatlon di Sungai Seine, Paris pada Rabu.
Baca Juga: Densus 88 Tangkap Terduga Teroris di Stasiun Solobalapan
Selain berenang sejauh 1.5 kilometer (km) di Sungai Seine, atlet juga perlu melengkapkan saingan dengan menunggang basikal sejauh 40km dan larian 10 km.
Tyler Mislawchuk yang baru sahaja melintasi garisan penamat bagi acara triatlon telah muntah sebanyak 10 kali di sungai yang didakwa tercemar.
Sebelum ini, Sungai Seine telah ditutup sepanjang tempoh lebih 100 tahun oleh kerajaan Perancis kerana kualiti air yang tinggi bakteria berbahaya yaitu E.coli.
Baca Juga: Arkhan Kaka Dihujat Habis-habisan, Indra Sjafri Pasang Badan
Jadi orang ramai tidak dibenarkan untuk berenang di sungai tersebut kerana berisiko tinggi dijangkiti penyakit sekiranya tertelan air sungai itu.
Namun, sejak Perancis menjadi lokasi Sukan Olimpik 2024 buat kali pertama selepas 100 tahun, atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam acara renang maraton dan triatlon dibenarkan untuk berenang di dalam sungai itu.
Sebelum ini, sungai tersebut gagal dalam beberapa ujian kebersihan, jadi pentadbiran tempatan telah membelanjakan AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) untuk membersihkan air Sungai Seine bagi persiapan temasya sukan Olimpik.
Artikel Terkait
Kasus Penganiayaan Anak, Pemilik Daycare di Depok Terancam Penjara 5 Tahun
Polisi Tangkap “Calon Pengantin” Bom Bunuh Diri di Batu Malang, Ini Bahan Peledak yang Ditemukan
Tabung Gas 12 Kg Meledak di Perumahan Taman Kencana Cengkareng Jakbar, 10 Rumah Warga Mengalami Kerusakan
Polres Barito Utara Gagalkan Peredaran 121,7 Gram Sabu
Biar Tak Jadi Remaja Jompo, Tips Cara Menjaga Kesehatan Tulang